Untuk Perkerja Asing Yang Perlukan Pertolongan PEKA

Keistimewaan Program Peka

  • Khidmat nasihat guaman

  • Bantuan Kos pengebumian jenazah

  • Bantuan Kos hantar jenazah ke negara asal

  • Perlindungan insuran perubatan, kemalangan  & Kematiaan

  • Khidmat mendapatkan kad Visa prabayar (ATM Bank)

  • Khidmat mendapatkan lesen memandu kenderaan

  • Kemudahan guna sistem Touch 'n Go

  • Khidmat Pengurusan dokumentasi

  • Khidmat aduan

Sertailah Program kebajikan Imigran Anjuran Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (PEKA) 

Program ini adalah inisiatif PEKA membantu masyarakat antarabangsa. Program ini satu kaedah yang cukup baik dan mendapat sambutan memandangkan ia memberi banyak faedah dari aspek mengisi keperluan dan wujudkan peluang mendapatkan kemudahan sepanjang mereka berada di negara ini. Mereka yang menyertai program akan diberikan kad peserta sah bagi tempoh dua tahun yang mempunyai fungsi Touch n' Go dan mendapat fasiliti seperti khidmat guaman, bantuan kos pengebumian jenazah, bantuan kos hantar pulang jenazah ke negara asal, perlindungan insurans perubatan, kemalangan dan kematian sehingga (RM) 100 ribu, khidmat mendapatkan kad visa pra bayar (atm bank), khidmat pengurusan dokumentasi Pasport, Visa, Pas dan Permit dan Khidmat aduan.

Ia secara tidak langsung meringankan tanggunjawab majikan sekiranya berlaku insiden kemalangan pekerja kerana mempunyai jaminan kewangan yang disediakan insurans.  

khidmat yang diberi untuk program ini

KHIDMAT NASIHAT & ADUAN

Pihak Peka akan memberi khidmat nasihat dan aduan kepada peserta seperti hal perundingan, ingin pulang ke negara asal ingin bekerja di Malaysia dengan cara yang sah, elak ditipu, didera majikan, dipaksa melakukan sesuatu di luar skop kerja dan lain-lain

Peka akan melaporkan kepada  pihak berkuasa untuk diambil tindakan dengan segera.

POLIS / RELA / IMIGRESEN

Jika ditahan atau ditangkap pihak berkuasa, peguam akan berurusan serta-merta melalui talian hot line atau turun ke Balai Polis, Pejabat imigresen untuk mengenai pasti kesalahan dan memberi bantuan perundingan 

MAHKAMAH

Peguam Peka akan mewakili peserta yang didakwa di mahkamah agar tidak menerima hukuman berat seperti dikenakan sabatan, di penjara dalam tempoh yang lama dan lain-lain mengikut perundingan sedia ada.

TUNTUTAN INSURAN

Jika berlaku kemalangan di tempat kerja Peka akan membuat tuntutan Insuran seperti yang di jamin dalam pelindungan Insuran

RAWATAN HOSPITAL

Jika sakit dan perlu masuk ke hospital, peka akan merujuk pada pihak insuran untuk mendapatan rawatan seperti yang di jamin perlindungan Insuran

KHIDMAT URUS JENAZAH

Khidmat menguruskan jenazah termasuk penghantaran jenazah pulang ke negara asal selain khidmat pengurusan dokumentasi bagi membantu apa yang diperlukan mereka.

KAD VISA PRA BAYAR

Kad ini membolehkan mereka membuat simpanan, pembayaran serta pengeluaran di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) dan membuat pertukaran mata wang asing dan kiriman wang di bank yang menerima urusniaga /transaksi Visa di seluruh Malaysia termasuk luar negara.

MAJIKAN / EJEN

Jika majikan atau ajen menganiaya atau tidak membayar gaji, peguam akan mendakwa mereka kemuka pengadilan dan mewakili pekerja membuat tuntutan gaji

SAMPLE KAD YANG ANDA AKAN DAPAT UNTUK PROGRAM INI

Kad ini adalah hak milik PEKA di bawah Program Kebajikan khidmat Imigran. Tujuan kad ini hanya untuk rujukan keahlian, guaman dan insurans PEKA. Kad ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti pasport dan / atau permit. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi PEKA untuk mendapatkan bantuan.

Warga asing yang memerlukan khidmat dari Peka boleh hubungi wakil sah yang dilantik atau ditalian 010-299 9949/ 010-299 0909/ 03-55654777 bagi sebarang pertanyaan lanjut dan 011-11407375 untuk pendaftaran.