Selamat datang kepada SMIFunding Terma-terma Am Penggunaan! Rupanya menakutkan tetapi ini hanya penjelasan terperinci dasar komitmen kita kepada anda. 

Kita menggalakkan pelawat membaca dengan teliti terma-terma kita sebelum mengguna laman web, perkhidmatan dan produk kita. Anda tidak akan jumpa perkara yang luar biasa disini tetapi kita mahu anda faham jangkaan bila guna laman web kita. Terma- terma kita ialah janji bahawa kita akan melayan pelanggan kita dengan hormat, martabat dan adil.

 

Kita akan berusaha membuat pengalaman yang telus antara anda dengan kita. Di bawah kita ada tulis penjelasan tentang seksyen yang penting dan menjelaskan dalam Bahasa Malaysia yang jelas.

 

Kalau ada perkara yang tidak difahami, hubungi kita di support@standardlink2u.com 

SMI Funding Terma Penggunaaan

Jika anda sedang membaca ini, terima kasih!

Kemas Kini Terakhir: 30th Oktober 2016

   1. Keterangan Am
       Kami adalah StandardLink Resouces & Consultant Group Sdn. Bhd. dan kami memiliki serta mengendali smifunding.com (“Laman”).

   2. Penggunaan Laman ini oleh anda adalah tertakluk kepada Terma-terma Penggunaan ini. Dengan menggunakan Laman ini, anda menerima            dan bersetuju untuk menjadi terikat dengan Terma-terma Penggunaan ini. Kami mungkin membuat perubahan kepada Terma-terma                          Penggunaan ini dari masa ke masa tanpa memberi notis kepada anda. Anda boleh menentukan bila kali terakhir kami mengubah Terma-terma        Penggunaan ini dengan merujuk kepada penyata “KEMAS KINI TERAKHIR” di atas. Penggunaan Laman ini oleh anda selepas perubahan              kepada Terma-terma Penggunaan ini akan membentuk penerimaan dan persetujuan anda untuk menjadi terikat dengan perubahan-                        perubahan tersebut.

   3. Sila baca Terma-Terma dan Syarat ini dengan teliti. Kenapa? Kerana dengan melawat, mengakses, mengguna atau memperoleh                          sebarang kandungan atau data dari laman web kami atau dengan memperoleh atau menggguna mana-mana perkhidmatan yang kami                      bekalkan melalui Laman Web kami, anda setuju untuk terikat oleh T&S ini. T&S tersebut akan berkuatkuasa sama ada anda mengakses                  Laman Web kami melalui komputer, peranti mudah alih atau mana-mana cara yang lain.              

   4. Persetujuan anda untuk terikat oleh T&S ini akan bermakna bahawa anda akan memasuki perjanjian yang akan terikat dari segi legal                        agreement dengan kami: StandardLink Resources & Consultant Group Sdn. Bhd. dan pengganti ("legal") kami. Pengunaan perkataan                      "kami" dalam T&S ini merujuk kepada StandardLink Resources & Consultant Group Sdn. Bhd.
 

   5. Dengan mengguna Laman ini, anda membuat representasi dan waranti bahawa anda adalah dibenarkan untuk berbuat demikian di bawah              undang-undang terpakai. Anda bertanggungjawab bagi semua akses kepada Laman ini yang menggunakan sambungan Internet anda,                    walaupun sekiranya akses dibuat oleh orang lain.

​   6. Anda bertanggungjawab bagi perkara berikut:

​   7. Anda hanya akan menggunakan Laman Web kami jika anda berumur 21 tahun ke atas, untuk penggunaan peribadi sahaja dan bukannya                untuk penggunaan komersil.

   8. Jika anda membuka akaun melalui Laman Web kami atau mengemukakan (melalui cara yang lain) sebarang Data Peribadi (mengikuti definisi          dalam Dasar Privasi kami) atau data yang lain kepada kami, anda mewakili bahawa data yang diberikan oleh anda adalah benar, terkini, akurat        dan lengkap.

   9. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dikemaskini dan akurat sepanjang masa;

 10. Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan akaun anda (nama pengguna dan kata laluan) dan anda tidak akan kongsi butir-butir              akaun anda dengan orang lain;

 11. Anda tidak akan menggunakan Laman Web atau perkhidmatan kami untuk sebarang tujuan yang haram atau menyalahi undang-undang;

 12. Anda tidak akan melanggar sebarang langkah-langkah teknologi yang terdapat di dalam Laman Web kami atau memintas, mengelak,                        menghapus, menyahaktif, “descramble”, menyahsulit atau melalui apa-apa cara yang lain mencacat langkah-langkah yang dipasangkan atau          digunakan oleh kami untuk mencegah atau menyekat akses kepada (sebahagian daripada) Laman Web kami, IP Laman Web (mengikuti                  definisi dalam fasal VII(1) dalam T&S ini) atau Kandungan.

 13. Anda tidak akan mencipta pautan dari mana-mana laman web ke Laman Web kami

 14. Anda tidak akan menggunakan sebarang perisian, alatan atau peranti untuk menganggu (ataupun cuba menganggu) Laman Web kami atau            operasi Laman Web kami, dan;

 15. Anda bertanggungjawab untuk menyemak dan menjamin kesesuaian, kegunaan, kualiti, kecukupan dan ketersediaan produk atau                            perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang dipaparkan pada Laman Web kami untuk penggunaan peribadi anda dan anda harus            mencari dan mendapatkan nasihat profesional tentang produk tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya, jika perlu atau                    diingini.

 16. Kami merizabkan hak untuk menyekat akses anda kepada Laman ini atau sebahagian daripadanya. Akses ke bahagian-bahagian terbatas              Laman mungkin tertakluk kepada pendaftaran dan syarat-syarat lain. Sekiranya kami memberikan anda kebenaran untuk mengakses                        bahagian-bahagian terbatas tersebut, kami boleh manarik balik kebenaran itu pada bila-bila masa (termasuk di mana anda melanggar mana-            mana daripada Terma-terma Penggunaan ini).

 17. Keterangan Perkhidmatan 
       Laman ini adalah portal web pengguna untuk digunakan secara percuma dalam talian bagi produk perbankan dan insurans. Produk dan                    perkhidmatan kami termasuk pengumpulan produk dan perkhidmatan Industri Perkhidmatan Kewangan (FSI) pengguna, ulasan dan panduan          produk dan perkhidmatan FSI, berita dan laporan kemas kini mengenai industri, pertandingan dan promosi FSI serta lain-lain perkhidmatan              tambah nilai.​

 18. Kami merupakan laman web perbandingan harga dan manfaat yang membandingkan harga pelbagai jenis perkhidmatan kewangan dan                  produk-produk perbankan am ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia. Kami bekerjasama dengan pelbagai syarikat-syarikat perkhidmatan            kewangan, broker perkhidmatan kewangan, ejen perkhidmatan kewangan, institusi-institusi perkhidmatan kewangan dan/atau pengantara                perkhidmatan dan produk kewangan yang lain (secara kolektif, “Penyedia Perkhidmatan Kewangan”) di Malaysia yang bekalkan kami dengan          spesifikasi produk mereka, harga dan sebarang data yang relevan untuk menjana perbandingan harga dan manfaat. Kami tidak mendakwa              atau menjamin bahawa kami akan membandingkan harga bagi semua Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang sedang aktif di Malaysia. Ada          kemungkinan bahawa terdapat syarikat perkhidmatan kewangan atau pengantara perkhidmatan kewangan yang tidak terkait dengan kami dan        akibatnya kami tidak boleh memasukkan mereka dalam perbandingan kami dan anda tidak akan temui produk mereka dalam Laman Web                kami. 

​ 19. Selepas anda memasukkan Data Peribadi yang tertentu (mengikuti definisi dalam Dasar Privasi kami) dan data lain yang berkenaan, Laman            Web kami akan menjana perbandingan harga dan manfaat untuk produk perkhidmatan kewangan yang dipilih oleh anda. Laman Web kami              akan menyenaraikan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang sedang menawarkan produk perkhidmatan kewangan pilihan anda serta harga          yang berkaitan dan opsyen untuk klik “select” bagi setiap produk yang dipaparkan. Jika anda membuat keputusan untuk klik butang “select”               bagi Penyedia Perkhidmatan Kewangan tertentu, anda akan ditujukan ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut dan Data               Peribadi anda akan dizahirkan dan dihantar kepada Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang terpilih. Tugas kami terlaksana sebaik sahaja               anda ditujukan ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut. Kami tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau negosiasi di         antara anda dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut atau dalam penempatan atau pembelian sebarang produk atau perkhidmatan             kewangan. 

​  20. Kami tidak memiliki atau mengawal mana-mana Penyedia Perkhidmatan Kewangan, produk atau perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan                   Kewangan yang dipaparkan di Laman Web kami dan kami juga tidak memiliki, mengawal atau mengendalikan laman web Penyedia                         Perkhidmatan Kewangan. Kami hanya memberikan pautan ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan untuk rujukan dan kemudahan           anda sahaja dan kami tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan laman-laman web tersebut atau untuk         sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin berbangkit daripada penggunaan laman-laman web tersebut oleh anda. Laman web                       Penyedia Perkhidmatan Kewangan berkemungkinan besar juga ada terma-terma dan syarat-syarat dan dasar privasi sendirinya dan anda               digalakkan supaya merujuk kepadanya sebelum menggunakan laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut. Sebarang penglibatan         dan sebarang urusan antara anda dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan adalah untuk akaun anda sendiri dan risiko sepenuhnya ditanggung         oleh anda. 

​  21. Maklumat yang dipaparkan pada Laman Web kami mengenai Penyedia Perkhidmatan Kewangan, produk dan perkhidmatan mereka dan juga         (keputusan untuk) perbandingan harga, manfaat, miles atau rebat tunai yang dijana (“Perbandingan Kandungan”) adalah berdasarkan                       maklumat dan data yang kami peroleh daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan dan maklumat yang anda kemukakan melalui Laman Web         kami. Oleh sebab itu, kami tidak boleh menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas keakuratan, kelengkapan dan ketepatan               Perbandingan Kandungan dan kami juga tidak boleh bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti ke atas sebarang kecacatan, kesilapan atau           peninggalan dalam hal ini. 

​  22. Seperti yang dinyatakan, kami merupakan laman web perbandingan harga dan manfaat dan kami memudahkan perbandingan antara produk-         produk perkhidmatan kewangan am daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang terkait dengan kami. Kami bukannya syarikat                         perkhidmatan kewangan, broker perkhidmatan kewangan, ejen perkhidmatan kewangan atau pengantara perkhidmatan kewangan. Oleh itu,             kandungan yang dipaparkan pada Laman Web kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Perbandingan Kandungan tidak dalam apa               cara sekalipun mencadangkan, menyiratkan, mewujudkan atau merupakan suatu pengendorsan, kelulusan, cadangan atau nasihat bagi suatu         Penyedia Perkhidmatan Kewangan atau produk atau perkhidmatan mereka termasuk kualiti dan kesesuaian produk atau perkhidmatan                     tersebut untuk penggunaan (peribadi) anda. Perbandingan Kandungan tersebut (atau sebahagian daripadanya) juga tidak akan dianggap atau         ditafsir sebagai tawaran atau permintaan untuk membeli sebarang produk atau perkhidmatan daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan               atau mana-mana pihak ketiga dalam hal ini. 

  23. Jika anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli produk atau perkhidmatan daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan, anda akan             memasuki perjanjian dengan Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut dan bukannya dengan kami. Selepas itu, kami tidak menanggung             sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk pembelian anda, kesesuaian atau kualiti produk atau perkhidmatan atau perjanjian yang telah                 anda memasuki dengan Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut.

  24. Pemilikan dan Hak 
        Laman ini termasuk teks, gambar, video, paparan dan rasa (look and feel), dan kandungan (dengan pengecualian kandungan disumbang oleh         Pengguna) mengandungi maklumat proprietari atau sulit yang dilindungi oleh undang-undang harta intelektual yang terpakai dan undang-                 undang lain. Kami dan atau pemberi lesen kami adalah pemilik hak, hak milik dan kepentingan ini dalam dan kepada sumbangan terpakai                 mereka kepada Laman ini. Anda tidak boleh mencetak atau sebaliknya membuat salinan mana-mana daripada kandungan tersebut tanpa                 kebenaran nyata terdahulu kami.

 

 

Kecuali untuk penggunaan Laman Web dan perkhidmatan kami bagi tujuan peribadi sahaja mengikut T&S ini, anda tidak akan mengguna, menyalin, menghantar, “deep-link”, mengikis hyper-link (“hyper-link scrape”), memuat turun, memapar, menduplikasi, menjual, mendagang, memasar, memakai, mengeksploitasi, menerbit, mengedar, menyiar atau menghasilkan semula IP Laman Web atau sebahagian daripadanya melainkan jika anda telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu daripada kami, Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang berkenaan atau pihak-pihak ketiga yang berkenaan yang bekerjasama dengan kami, yang mana berkenaan. Anda boleh menghubungi kami di sini. 

​  

   1. Pendaftaran akaun
       Untuk mengguna dan mendapat akses kepada rangkaian ciri-ciri penuh Laman yang ditawarkan dan disediakan, anda diperlukan untuk                    melengkapkan proses pendaftaran untuk membuka akaun ringgitplus.com.

   2. Kata Laluan dan Keselamatan 
       Anda bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan kata laluan dan akaun ringgitplus.com anda dan bertanggungjawab            sepenuhnya bagi semua akitiviti yang berlaku di bawah kata laluan atau akaun anda.

   3. Notis Privasi 
       Sepanjang perjalanan anda menggunakan Laman ini, kami mungkin mengumpul dan mengguna maklumat mengenai anda selaras dengan              Notis Data dan Maklumat Peribadi kami serta Dasar Privasi. Anda boleh melihat salinan kedua-dua Notis dan Polisi ini dengan mengklik di sini

 

 

  Kandungan

  1. Kegunaan peribadi
    Kebenaran anda untuk menggunakan lama ini adalah peribadi kepada anda dan tidak boleh dipindah milik, dan anda tidak boleh menggunakan Laman ini untuk tujuan komersil. Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan semula, membuat salinan pendua, menyalin, menjual, berniaga, menjual semula atau mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersil, mana-mana bahagian daripada Laman kecuali sebagaimana diperuntukkan secara nyata sebaliknya dalam Terma-terma Penggunaan atau sebagaimana secara khusus dibenarkan dalam perjanjian bertulis yang berasingan. Penggunaan anda akan Laman ini dan semua produk dan perkhidmatan berkaitan adalah tertakluk ke atas pematuhan anda dengan peraturan-peraturan tindakan yang dinyatakan dalam Terma-terma Penggunaan ini dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan :

    • 27.1. menggunakan Laman untuk sebarang tujuan menipu atau menyalahi undang-undang;

    • 27.2. menggunakan Laman untuk memfitnah, menyalahguna, mengganggu, menghendap, mengancam atau sebaliknya melanggar hak-hak orang lain, termasuk tanpa batasan kepada hak privasi orang lain, hak-hak publisiti atau hak-hak harta intelektual;

    • 27.3. menyamar sebagai mana-mana orang atau entiti, menyatakan secara palsu atau sebaliknya menyalahnyatakan hubungan anda dengan mana-mana orang atau entiti berhubung dengan Laman; atau menyatakan atau menyiratkan bahawa kami mengesahkan mana-mana kenyataan yang anda buat;

    • 27.4. mencampuri atau mengganggu operasi Laman atau perkhidmatan atau rangkaian yang digunakan untuk menjadikan Laman ini tersedia; atau melanggar mana-mana syarat, prosedur, dasar atau peraturan rangkaian sedemikian;

    • 27.5. menghantar atau sebaliknya menyediakan berhubung dengan Laman sebarang virus, cecacing, atau lain-lain kod komputer yang memudaratkan atau menyerang atau mungkin atau dihasratkan untuk merosakkan operasi, atau untuk mengawasi penggunaan, mana-mana perkakasan, perisian atau peralatan;

    • 27.6 mengeluarkan semula, membuat salinan pendua, menyalin, menjual, menjual semua, atau sebaliknya mengeksploitasi untuk sebarang tujuan komersial, mana-mana bahagian daripada, penggunaan, atau akses kepada Laman;

    • 27.7 mengubahsuai, menerima pakai, menterjemah, menterbalik atur, menyahsusun atau menyahkumpul mana-mana bahagian daripada Laman ini. Sekiranya anda ingin untuk menterbalik atur mana-mana bahagian dari[ada Laman untuk membentuk suatu program saling beroperasi, anda mesti menghubungi kami dan kami boleh menyediakan data antara muka tertakluk kepada penentusahan identiti anda dan maklumat-maklumat lain;

    • 127.8 mengalih mana-mana notis hak cipta, cap dagang atau hak proprietari lain daripada Laman atau bahan-bahan yang berasal daripada Laman;

    • 27.9 mengkerangka (frame) atau mencermin (mirror) mana-mana bahagian daripada Laman tanpa kebenaran bertulis secara nyata terdahulu kami;

    • 27.10 membentuk pangkalan data dengan secara sistematik memuat turun dan menyimpan kandungan Laman;

    • 27.11 mengguna mana-mana manual atau peranti automatik dalam apa-apa cara untuk mengumpul kandungan Laman atau mengeluarkan semula atau memintasi struktur pandu arah atau pembentangan Laman tanpa kebenaran bertulis secara nyata terdahulu kami. Tanpa mengambil kira yang tersebut di atas, kami memberikan pengendali jentera carian dalam talian umum kebenaran terbatas untuk menggunakan aplikasi mendapatkan semula untuk mengeluarkan semula bahan-bahan daripada Laman untuk satu tujuan dan semata-mata setakat yang perlu bagai membentuk indeks boleh cari yang tersedia kepada umum bagi bahan-bahan tertentu semata-mata berhubung dengan perkhidmatan carian dalam talian umum pengendali. Kami merizabkan hak untuk membatalkan pengecualian ini sama ada secara am atau dalam keadaan-keadaan khusus; dan

    • 27.12 Membentuk pautan yang tidak saksama dan menyalahi undang-undang dan atau menunjukkan dalam cara yang mengelirukan atau boleh mengandaikan apa-apa bentuk kaitan, kelulusan atau pengesahan oleh kami yang tidak wujud.

  2. Kandungan yang disumbangkan 
    Terdapat beberapa ciri dalam Laman yang membolehkan anda untuk memuat naik dan atau memasukkan kandungan (“Kandungan”). Dengan memuat naik dan atau memasukkan sebarang Kandungan, anda membuat representasi dan waranti bahawa anda mempunyai semua hak, hak milik dan kepentingan kepada Kandungan yang dipaparkan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kebenaran, dan pemberian kuasa daripada mana-mana pihak ketiga yang perlu untuk anda memuat naik atau memasukkan Kandungan. Dengan memuat naik atau memasukkan Kandungan, anda seterusnya bersetuju untuk memberi kami lesen bukan eksklusif, tanpa royalti, secara kekal, di seluruh dunia, boleh pindah dan lesen yang boleh disublesen untuk mengggunakan, menghos, menyimpan, mengeluarkan semula, mengubahsuai, membentuk kerja derivatif, berkomunikasi, menerbit, melaksanakan secara umum, memaparkan secara umum dan mengagih kandungan tersebut. Kandungan yang dimuat naik dan atau dimasukkan selanjutnya tidak boleh:

    • 28.1. melanggar mana-mana hak harta intelektual atau sebaliknya merupakan pelanggaran mana-mana perjanjian dengan mana-mana orang atau entiti;

    • 28.2. memfitnah, menjadi libel, mengancam secara menyalahi undang-undang, mengganggu atau sebaliknya mengandungi perkara subjek yang boleh dibantah;

    • 28.3. bersifat lucah, pornografi atau tidak senonoh;

    • 28.4. tidak relevan untuk tujuan Perkhidmatan yang ditawarkan di Laman; dan atau

    • 28.5. sebaliknya melanggar mana-mana undang-undang, statut atau peraturan.

  3. Pautan
    Laman mungkin menyediakan pautan kepada sumber-sumber laman web dan dalam talian lain. Kami tidak bertanggungjawab bagi dan tidak mengesahkan laman-mana atau sumber-sumber luar sedemikian. Penggunaan laman web dan sumber-sumber pihak ketiga oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

  4. Penamatan 
    Kandungan yang dipaparkan oleh Pengguna tidak semestinya disaring atau dikaji terlebih dahulu oleh kami bagi memastikan kesesuaiannya, ketepatannya dan atau pematuhannya dengan mana-mana undang-undang, dan kami tidak pada bila-bila masa menerima tanggungjawab sedemikian. Kami dengan demikian tidak membuat representasi atau waranti apa sekalipun, secara nyata atau tersirat berhubung dengan kandungan yang dimuat naik atau dimasukkan oleh Pengguna. Namun demikian tanpa mengandaikan sebarang obligasi untuk berbuat demikian, kami mungkin dengan atau tanpa notis dan tanpa liabiliti memotong apa-apa Kandungan, menggantung atau memotong mana-mana akaun yang pada pendapat mutlak kami melanggar mana-mana Terma Penggunaan. Sekiranya anda menyedari apa-apa pengalahgunaan akan Perkhidmatan kami oleh Pengguna lain, sila hubungi kami dengan menghantar e-mel kepada smifunding.com

  5. Yang di atas adalah tanpa menjejaskan hak anda untuk menamatkan akaun anda dan mengakhirkan penggunaan anda akan Laman tersebut pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab atau tanpa sebab.

  6. Representasi, Waranti dan Tanggung Rugi Pengguna 
    Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi Kandungan yang dimuat naik atau dimasukkan di Laman dan atau cara dengan yang mana anda telah menggunakan Laman. Kami tidak mengesahkan dan tidak mempunyai kawalan ke atas Kandungan. Bagi mengelakkan keraguan, sebarang penggunaan daripada akaun berdaftar atau kata laluan anda akan dianggap sebagai penggunaan dan dengan yang demikian, penerbitan atau penerbitan semula oleh anda, di mana berkenaan, mengikut maksud dan tujuan seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Anda bersetuju untuk menanggung rugi dan menanggung kami, gabungan, kakitangan dan ejen kami daripada sebarang dakwaan atau tuntutan yang dibuat oleh mana-mana pihak ketiga, sama ada sebenar atau yang didakwa yang timbul berhubung dengan penggunaan anda akan Laman ini, pelanggaran oleh anda akan mana-mana terma dan syarat Terma-terma Penggunaan , dan atau yang timbul berhubung dengan Kandungan yang dimuat naik atau dimasukkan oleh anda di Laman.

  7. Penafian Jaminan dan Pembatasan Liabiliti 
    Kami menyediakan Laman atas dasar ‘mengikut keadaan’ dan ‘sebagaimana tersedia’. Tidak boleh pada bila-bila masa kandungan yang disediakan dalam Laman ini dianggap atau ditakrifkan sebagai tawaran atau pujukan untuk menjual, membeli, memberi, mengambil, menerbit, memperuntuk atau memindah, atau pemberian sebarang nasihat berhubung dengan saham, stok, bon, nota, kepentingan, amanah saham, dana mutual atau lain-lain sekuriti, pelaburan, pinjaman, pendahuluan, kredit atau deposit dalam mana-mana bidang kuasa. Kami tidak membuat representasi atau waranti walau apa jenis sekalipun berhubung dengan ketepatan, tepat pada masa, pelaksanaan, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan bahan-bahan yang didapati atau ditawarkan di Laman ini untuk mana-mana tujuan tertentu, dan setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang terpakai, kami menafikan semua representasi atau waranti tersebut, nyata atau tersirat. Ia akan menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk memastikan bahawa apa-apa produk, perkhidmatan atau maklumat yang tersedia melalui Laman ini memenuhi syarat-syarat khusus anda.

  8. Kami akan menggunakan usaha munasabah untuk memastikan bahawa Laman ini tersedia pada sepanjang masa. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa Laman atau mana-mana fungsi atau cirri-ciri individu Laman akan sentiasa tersedia. Khususnya, Laman mungkin tidak tersedia semasa tempoh apabila kami melaksanakan atau menjalankan penyelenggaraan penting di Laman. Ketidaksediaan Laman atau kandungan tertentu di Laman mungkin disebabkan oleh modifikasi, dan pemberhentian sementara atau kekal yang kami merizabkan hak untuk berbuat demikian, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau kepada mana-mana pihak ketiga bagi sebarang ketidaksediaan, modifikasi atau pemberhentian mana-mana kandungan.

  9. Terdapat kemungkinan kami perlu mengubahsuai T&S ini pada bila-bila masa sahaja. Kami akan memberitahu anda sebelum kami mengubahsuai Laman Web kami. Kami akan berbuat demikian dengan menyiarkan notis pada Laman Web kami sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum pengubahsuaian tersebut mula berkuatkuasa. Anda akan terikat oleh T&S yang telah diubah suai jika anda (terus) melawat, mengakses atau mengguna Laman Web kami atau memperoleh atau mengguna sebarang perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami selepas tamat tempoh empat belas (14) hari yang dinyatakan di atas.

  10. Kami ingin mengulangi bahawa jika anda tidak berpuas hati dengan T&S yang telah diubah suai dan tidak ingin terikat oleh semua terma-terma dalam T&S yang telah diubah suai, kami dengan hormatnya meminta anda untuk menghentikan dengan segera penggunaan Laman Web kami. 

  11. Laman Web kami, Kandungan Perbandingan dan perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami akan diberikan secara “seperti yang ada” (“as is basis”) dan “seperti yang tersedia” (“as available basis”). Walaupun kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menjamin akurasi Kandungan tersebut, kami tidak membuat atau memberi apa-apa representasi, waranti atau jaminan, secara nyata atau tersirat, berhubung Laman Web kami, Kandungan Perbandingan, perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) lamanlaman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan dimana anda mungkin ditujukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa representasi, waranti atau jaminan berhubung dengan hakmilik, ketidaklanggaran, kesesuaian, kesahihan, kegunaan, keakuratan, kelengkapan, keselamatan, kesemasaan, kualiti atau kesepadanan untuk suatu tujuan tertentu termasuklah untuk penggunaan peribadi anda.

  12. Di samping itu, kami tidak membuat atau memberi apa-apa representasi, waranti atau jaminan, secara nyata atau tersirat, bahawa pengaksesan dan penggunaan anda boleh dijalankan tanpa gangguan, bebas daripada kesilapan, tanpa kecacatan, tanpa virus atau dengan cepat atau selamat apabila anda mengakses atau mengguna Laman Web kami, Kandungan Perbandingan, perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) laman-laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan.

  13. Anda tanpa boleh menarik balik bersetuju sepenuhnya untuk menanggung rugi dan tidak akan mempertanggungjawabkan kami terhadap semua tuntutan, liabiliti, kerugian, kerosakan, perbelanjaan, kos (termasuk fi guaman yang munasabah), caj, penalti, tindakan, prosiding dan tuntutan, secara langsung atau tidak langsung, yang ditanggung atau dialami oleh kami yang diakibatkan atau timbul daripada (i) penggunaan dan penyalahgunaan Laman Web kami oleh anda; (ii) pelanggaran syarat-syarat T&S ini oleh anda; (iii) pelanggaran sebarang hak harta intelektual oleh anda termasuk IP Laman Web atau (iv) tuntutan pihak-pihak ketiga terhadap kami yang diakibatkan ataul timbul daripada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan dalam (i), (ii) atau (iii) di atas. 

  14. Penerusan Fasal-fasal
    Fasal 6, dan 11-18 akan berterusan semasa penggantungan atau penamatan Laman atas apa alasan sekalipun.

  15. Kebolehasingan
    Sekiranya mana-mana terma dalam Terma-terma Penggunaan ini adalah atau menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa hubungan di bawah undang-undang yang terpakai, kesahihan dan kebolehan dikuatkuasakan akan terma-terma yang lain tidak akan menjadi kurang atau terjejas dalam apa-apa cara.

Kami mempunyai hak untuk menamatkan, menangguhkan atau menghentikan penggunaan dan pengaksesan Laman Web kami oleh anda dan kami berhak untuk membatalkan akaun anda pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa perlu memberikan sebarang alasan.

 

Kegagalan kami dalam pelaksanaan atau penguatkuasaan hak kami di bawah T&S ini tidak akan disifatkan atau ditafsirkan sebagai pengabaian hak tersebut; kami tetap berhak untuk melaksanakan atau menguatkuasakan hak tersebut pada masa akan datang pada bila-bila masa.

 

Jika mana-mana peruntukan dalam T&S ini tidak boleh dikuatkuasakan, dijadikan null, dibatalkan, tidak boleh diterapkan, menyalahi undang-undang atau tidak sah di mana-mana bidang kuasa, peruntukan tersebut akan dianggap digantikan dengan peruntukan yang sah dan boleh dikuatkusakan yang paling serupa dengan (niat) peruntukan asal dan peruntukan-peruntukan lain T&S ini tetap akan berkuatkuasa dengan sepenuhnya.

 

T&S ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan kami dan akan menggantikan segala dan semua perjanjian lisan atau bertulis awal berkenaan dengan Laman Web kami atau penggunaan perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami. 

Undang-undang Yang Mentadbir dan Keseluruhan Perjanjian 


Terma-terma Penggunaan ini akan ditadbir oleh dan ditakrifkan mengikut undang-undang Malaysia dan pihak-pihak secara tidak boleh batal menyerah kepada bidang kuasa mahkamah-mahkamah Malaysia untuk mendengar dan memutuskan mana-mana guaman, tindakan atau prosiding.

Pautan Lain:
Produk:
Sertai Sekarang!!
1800-88-8323

B-5-6 Menara Uncang Emas,

Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur.

Malaysia

Polisi :

© 2016 Standardlink Resources & Consultant Group Sdn Bhd, All Rights Reserved. Created by SMIFunding