top of page
Anchor 1
Smiling Chef

PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MIKRO (MBF)

Ojektif Pembiayaan Perniagaan Mikro 

  • Menyediakan bantuan pembiayaan untuk memperkasa perusahaan mikro di Malaysia, di samping memangkin pertumbuhan mereka.

  • Menyokong pembinaan kapasiti dan pengembangan pasaran perusahaan mikro

Image by Aurelien Romain

Kriteria Kelayakan

  • Mempunyai pengesahan sebagai perusahaan mikro dalam Sijil Akuan Status PMKS yang sah tempoh [Status PMKS] [Definisi PMKS

    • Perusahaan mikro yang berdaftar dengan SSM / Pihak Berkuasa Tempatan / Agensi / Badan Profesional

    • Sekurang-kurangnya 60% milikan tempatan

    • Mempunyai Lesen Premis Perniagaan yang sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan

    • Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 24 bulan

  • Pemilik perniagaan yang berumur 55 tahun ke atas dikehendaki menyediakan penjamin tambahan yang akan menjadi pewaris kepada perniagaan

Sektor 

  • Terbuka kepada semua sektor ekonomi kecuali sektor berkaitan pertanian asas, kewangan, insurans, hartanah dan perdagangan sekuriti

Komponen Pembiayaan

  • Pembelian bahan mentah / stok / inventori / barangan boleh guna

    • Pembelian / penyewaan perkakasan & perisian IT (termasuk yuran pelesenan & langganan)

    • Pembelian / penyewaan mesin / peralatan kecil

    • Pengubahsuaian premis perniagaan termasuk pembelian lekapan & kelengkapan (fixtures & fittings)

  • Perbelanjaan Operasi (OPEX) seperti gaji, utiliti, sewaan dan lain-lain

Jumlah Pembiayaan

RM50,000 – RM200,000

Kadar Keuntungan

2.0% setahun

Tempoh Pembiayaan

Sehingga maksimum 5 tahun dan 6 bulan tempoh tangguh (grace period)

Margin Pembiayaan

Sehingga 100% daripada jumlah kos (berdasarkan perbelanjaan yang layak)

micro Credit
Transformasi Scheme
bottom of page